Carian

Room Chatting

Monday, December 17, 2007

Di Mana Cinta?

MUNGKIN ANTARA KITA YANG PERNAH TERBACA KISAH NI..KISAH YANG BANYAK PENGAJARANADA KEBENARAN YANG TERSEMBUNYI..HAYATI…
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka…
Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini:
“Sayang!
Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Friday, December 14, 2007

Kisah rumput & Orang yang disayangi


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:
Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?
Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Pelajar: Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Sunday, November 25, 2007

Andainya perempuan tahu…

Sebelum ini kami telah meng-post-kan artikel berkaitan dengan Tersurat dan Tersirat wanita. Sekarang ini, wanita pulak perlu baca pasal lelaki.

- Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (perihatin).

- Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

- Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

- Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

- Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.

- Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

- Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

- Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

- Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

- Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

- Kebanyakan lelaki yg nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys! (how true)

- Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

- Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…

- Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

- Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa…yang lain hanya kawan..

- Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

- Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

- Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…

- Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Thursday, November 22, 2007

Tersurat dan Tersirat

Kepada yang lelaki, kalau perempuan cakap macam ni, so korang kena paham-paham la apa yang dorang maksudkan ye. Perempuan ni penuh dengan ayat yang tersurat dan tersirat. Ye lah, perempuan kan…
Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?
Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!
Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.
Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.
Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nakmasak, basuh kain-baju lagi…Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.
Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?
Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla…Makna tersembunyi: Hish… I rasa macam minat sesangat kat you la… Rasa macam nak jadi awek you je.
Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.
Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.
Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

20 Faktor Si Dia Boleh Dipercayai

Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya. Tapi mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia? Sebenarnya ada faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan.
Faktor 1 - KonsistenKamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh ‘menjerat’ kamu. Siapa tahukan!
Faktor 2 - Boleh dikawalPerkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat kamu. Maknanya kamu boleh ‘mengawal’ dirinya dari melakukan perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu dengan cara kamu.
Faktor 3 - KomitmenKomitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu.
Faktor 4 - KejujuranKejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur , ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.
Faktor 5 - Terima seada-adanyaKunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan.
Faktor 6 - Perlu dimengertikanSebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri. Kamu juga tentunya berharap agar si dia mengerti tentang pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya mendatar saja. Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang tidak dimengertikan dan menganggap diri kamu tidak dihargainya.
Faktor 7 - SimpatiSimpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya tidak mudah melakukan perkara ini. Tapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara-perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu yang boleh mengganggu hubungan.
Faktor 8 - DiyakiniBila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh menyimpan rahsia ataupun tidak!
Faktor 9 - Perbezaan pendapatMemanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.
Faktor 10 - Elakkan dendamCinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana.
Faktor 11 - Berfikiran terbukaBanyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikri panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan barulah membuat keputusan. Tak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya.
Faktor 12 - Tulus dan jujurKetulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh ‘menangkap’ adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.
Faktor 13 - Tak selalu didampingiBukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang inginkan sedikit kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup memadai. Apa yang penting, jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula berfikir yang bukan-bukan dan mulalah menganggap yang si dia sengaja mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri.
Faktor 14 - Jauh di mata dekat di hatiSaat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu. Apapun teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.
Faktor 15 - PersamaanPersamaan antara kamu berdua akan menguatkan lagi rasa cinta bila masing-masing yakin bahawa hubungan itu diimbangkan dengan prioriti utama. Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah mengambil berat tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu berdua saling memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan.
Faktor 16 - Tak saling menyalahkanTak selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia akan ‘bergegar’ jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi sikap saling menyalahkan. Apa yang terjadi merupakan interaksi dari dua pihak yang memiliki kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan yng berbeza. Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan masalah sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah penyebab mengapa kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain.
Faktor 17 - Hormat-menghormatiSaling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu harus menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan kamu berasa amat segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah kamu perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.
Faktor 18 - PenghargaanTidak salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak menyanjung tinggi ataupun terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia tahu yang kamu amat mengharagi kasih dan dirinya. Caranya? Emmm… hanya kamu saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya. Apapun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan kamu serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya.
Faktor 19 - Bukan materialistikBayangkanlah kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu ‘pokai’ dibuatnya. Mana taknya kalau kamu minta yang bukan-bukan. Dalam perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama mengapa kamu memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan kamu mungkin sukar bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu.
Faktor 20 - Perancangan bersamaManusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin kebahagian. Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecapi kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang indah dalam perhubungan. Begitu juga kamu bukan? Apa perancangan kamu agaknya ye?

Rahsia gadis mengekalkan keayuaan

Keayuan gadis tidak hanya terletak pada paras rupa. Ianya merupakan gabungan segalanya, dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Berikut merupakan diantara cara-cara bagaimana untuk gadis mengekalkan keayuan mereka. Tapi sebelum korang baca entri di bawah ni nak tanya something, ayu ke Mrs Teddy tu eh? -Mr Teddy.
Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.
Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.
Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti ‘tolong’ serta ‘minta maaf’.
Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.
Menjaga kulit. Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.
Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan.
Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.
Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.
Menjaga cara berjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar.
Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.
Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.
Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.
Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata.
Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.
Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa.
Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.
Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong.
Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.

Tu pasal la lelaki tak menangis

“Wuuu…lelaki nangis wuuu… Tak malu wuuu…”
Kenapa? Korang ingat, lelaki tak boleh menangis ke? Jangan hanya ingat perempuan je yang boleh menangis. Lelaki pun boleh menangis gak taw.
Tetapi korang mesti tertanya-tanya, kenapa jarang sangat tengok lelaki menangis. Kalau korang tengok lelaki je, mesti korang kata, “Ala, lelaki… Tunjuk macho la tu…”
Lelaki sebenarnya bukan tak nak menangis, tetapi dorang pandai menghargai sebenarnye. Kan kalau kite menangis, kite keluarkan air mata. Yang lelaki ni bagus, dorang nak simpan air mata dorang tu. Nak bersihkan mata katanya. Tu pasal la lelaki tak menangis…
Selain daripada itu, lelaki ni suke perempuan puji dorang. Kalau lelaki tak menangis je, perempuan akan cakap ayat ni lagi, “Ala, lelaki… Tunjuk macho la tu…” Bukan lelaki nak berbangga-bangga, ataupun riak. Dah perempuan nak puji. Dah perempuan nampak ke-macho-an lelaki. Tu pasal la lelaki tak menangis…
Pemikiran lelaki dengan perempuan memang berbeza. Perempuan kalau tengok cerita yang sedih-sedih, mesti menangis. Tapi bila lelaki tengok cerita yang sedih-sedih, dorang akan rilek je. Cool. Takde nangis-nangis ni. Buat penat je. Dah la dorang penat balik dari kerja. Ni balik rumah nak nangis-nangis pulak. Tambah lagi penat ada la. Tu pasal la lelaki tak menangis…
Lagi satu, lelaki kan dikenali dengan kekuatannya. Kalau menangis, habis la dorang punya kekuatan, ke-tough-an tu semua hilang. Sebagai contoh, kalau lelaki tengah bertukang dan nangis-nangis nak buat kerja. Rasa-rasanya, siap tak kerja yang nak dibuat tu? Mesti lambat nak siap kan? Lelaki tak suka lambat-lambat ni. Tu pasal la lelaki tak menangis…
Dan akhir sekali, lelaki kan kacak kalau tak menangis. Takde nak serebeh-serebeh muka tu. Tu pasal la lelaki tak menangis…
Ada tambahan atau sokongan? Angkat tangan…

Thursday, November 8, 2007

10 Sebab Kenapa Lelaki Membujang

1. Memang tidak ada nafsu tehadap perempuan.
2. Ada pengalaman pahit dalam bercinta. Mungkin ditinggalkan kekasih sehingga wujud perasaan tidak mempercayai perempuan lagi.
3. Dilahirkan dalam keluarga yang porak poranda atau pernah melihat kekejaman ayah tehadap ibunya.
4. Terlalu mencintai seseorang dan apabila cinta itu tidak kesampaian, terus hilang selera untuk barumah tangga.
5. Takut tidak bahagia bila berumah tangga nanti.
6. Meragui kemampuan seksualiti sendiri.
7. Merasakan lebih bebas dan senang hidup sendiri.
8. Terlalu sibuk dengan pelajaran atau pekerjaan.
9. Bimbang tidak bisa membahagiakan isteri dan takut mendapat anak cacat atau tidak cemerlang sebagaimana dirinya.
10. Senantiasa merasa tidak bersedia dari segi kemampuan material dan takut pasangan kecewa tidak dapat apa yang mereka inginkan.
Tambahan:
Bagi saya, kebanyakkan mereka ini membujang mungkin sebab tidak yakin pada diri sendiri. Mereka sebenarnya mampu untuk memikat hati wanita tetapi mereka segan dan malu.
---Related Articles at Tentang Cinta:

Jenis-jenis Lelaki

Anda yang wanita-wanita ini mungkin teringin sangat nak tahu apa jenis-jenis lelaki yang terdapat di dunia ni. Ada yang ok, ada yang tidak. Tapi saya rasa, bukan wanita saja yang ingin tahu jenis-jenis lelaki ini. Yang lelaki pun mesti ingin tahu jugak bukan? So mari kita baca entri kali ini.
#1 - Jenis habis madu sepah dibuangLelaki kategori ini adalah seorang lelaki yg mementingkan kebersihan. Kerana dia takleh hidup dlm keadaan yg bersepah sepah. Sebab itu la, bila madu dah habis…dia akan membuat pembersihan dan benda benda yg bersepah akan di buang.
#2 - Jenis bagi betis nak pehaLelaki jenis ini mempunyai selera makan yang tinggi. Dan mungkin jugak seorang yang buruk lantak. So, sesiapa yg mempunyai pasangan seperti ini hendaklah sentiasa memastikan ada lebihan makanan setiap kali menjamu selera.
#3 - Jenis manis mulut di bibirLelaki kategori ini adalah seorang yang hisap rokok secara curi curi. Atau lebih tepat lagi hisap rokok tanpa pengetahuan pasangannya. Dan lelaki ini sentiasa ‘cover’ bau rokok dengan makan gula gula. Sebab tu mulut serta bibir dia manis.
#4 - Jenis lembut gigi dari lidahLelaki jenis ini seorang yg suka menggosok gigi sampai giginya kelihatan putih bersinar sinar. Dan harus di ingat, giginya yang putih berseri itu adalah senjata utama yang digunakan untuk meng’ayat’ perempuan kerana hanya dengan senyuman yg membariskan giginya yang putih itu dapat melembutkan hati perempuan tanpa menggunakan kata kata.
#5 - Jenis tikam dari belakangTikam dari belakang? Ada ke kategori macam ni? Anda rasa?
Sumber: 13May
---Related Articles at Tentang Cinta:

Betul ke lelaki suka pegang-pegang?

Nota: Supaya tidak berlaku salah faham, situasi yang diberikan di sini hanya untuk suka-suka. Takde kaitan pun dengan sesiapa. Btw kepada yang lelaki, kalau nak pegang perempuan, ingat-ingatlah ye siapa anda.
Ha…kalau masa korang berjalan dengan kekasih atau buah hati korang, ada tak dia pegang-pegang nye tangan korang? Habis semua die nak belek-belek tangan korang tu? Kalau ada parut sikit, mesti die tanya, kenapa ada parut tu. Macam mana boleh kene. Macam-macam soalan die tanya. Dorang ni memang suka nak pegang-pegang ke eh?
Lelaki ni bukannye ape. Dorang ni memang perihatin. Perihatin pada kekasih dorang. Kalau boleh, dorang memang nak jaga semua. Taknak ada luka-luka, parut-parut, segalanya. Kurang cantik katanye kalau ada parut-parut ni. Kan bagus lelaki korang tu.
Lelaki ni bukannye ape. Dorang ni memang suke melindungi perempuan. Kalau dalam hujan, sape yang pegangkan payung untuk korang? Lelaki ke perempuan? Mesti la lelaki. Lelaki ni memang romantik lagi pun. Die tahu yang perempuan memang memerlukan die. Tu pasal die sanggup pegangkan payung walaupun die akan basah kuyup. Kan bagus lelaki korang tu.
Lelaki ni bukannye ape. Dorang ni memang rajin. Kalau korang makan kat KFC atau McD, sape yang akan pegang dan angkat tray makanan tu? Mesti la lelaki. Dorang tahu perempuan tak larat nak angkat tray tu. Lagi pun dorang sayang pada korang. Dorang tak nak la korang penat-penat angkat tray makanan yang tak la berat mana pun. Ciput je beratnye. Kan bagus lelaki korang tu.
Lelaki ni bukannye ape. Dorang ni kan kuat. Tough pulak tu. Tu pasal kalau korang gi shopping barang-barang dapur, lelaki jugak yang angkatkan barang-barang masuk dalam boot kereta. Tak perlu korang susah-susah nak angakut-angkut barang ni. Korang just tolong tolak troli je. Tu pun ada lelaki yang sayang sangat kat isteri die sampai troli pun die tolakkan. Kan bagus lelaki korang tu.
Dan last sekali, lelaki ni bukannya ape. Dorang kan penyayang. Sape la yang tolong pegang dan pimpin tangan korang kalau korang sakit. Die jugak la yang akan tolong pimpinkan tangan korang nak ke hospital ke, nak ke toilet ke, nak gi duduk kat meja makan ke. Dorang ni memang penyayang. Even kadang-kadang tu, dorang akan dukung korang kalau korang tak larat sangat. Kan bagus lelaki korang tu.
---Related Articles at Tentang Cinta:

Friday, October 26, 2007

Adakah si Dia meminatimu…


Kadangkala wanita sukar memahami tingkah laku lelaki. Kadangkala mereka takut salah erti tingkah laku sesorang lelaki kepada dirinya. Oleh itu, sekiranya anda ingin mengetahuinya, bacalah entri kali ini.

Langkah si dia cuba mendekatimu…

  • si dia membelanja anda makan @ minum…
  • si dia ingin meminjam sesuatu dr anda atau meminta bantuan anda..langkah ini membuatkn si dia berasa dekat dgn anda.
  • si dia mengajak anda menemaninya bersiar-siar & membeli belah yg mana langkah ini akn membuatkn anda menerima si dia..
  • si dia mula bertanya kn tentang keluarga anda & dlm masa yg sama si dia akan bercerita tntang keluarga nya. Topik ini secara tidak lgsg akan merapatkan lagi hubungan anda berdua kerana anda berdua sudah saling mengetahui tentang diri masing2.
  • si dia akn sentiasa bertanya khabar tentang anda..dengan ini anda tentunya akan berasa lebih disayangi..
  • si dia akan memberikan anda hadiah istimewa. Ini menandakan si dia ingin melanjutkan hubungan yang lebih dr seorang rakan.
  • si dia mula melayan anda seperti anda kekasihnya. Setiap kata-katanya juga adalah kata sayang & cinta..


Teruskan hubungan dengan si dia jika…

  • si dia x tergopoh gapah utk menjalinkn hubungan dgn anda secara serius di mana si dia akan mendekati anda dengan sabar & x tergopoh gapah.
  • si dia sering mengambil berat tentang anda termasuklah tentang kesihatan,makan,minum & setiap apa yg anda lakukan.
  • si dia sentiasa membantu anda tidah kira apa jua pertolongan yg anda perlukan.
  • si dia x berkira walaupun anda & dia bru berkenalan, si dia tidak kisah membelanjakan wangnya untuk anda.
  • si dia sentiasa ingin menggembirakan anda dan tidak akan membebankan anda dengan masalah-masalahnya. Si dia ingin sentiasa bersama anda dengan memberikan kenangan yang indah.
  • si dia tidak berahsia tentang pengenalan dirinya,tempat tinggal & nombor telefon agar hubungan anda & si dia tidak berakhir di situ shaja.
  • si dia berterus terang tentang status nya sama asa si dia pernah ada teman istimewa @ si dia sememangnya single.Si dia juga tidak kisah anda membaca sms @ membantunya menjawab panggilan telefon menandakan katanya adalah benar.
  • apabila ada masa terluang,dia pasti akan menghubungi anda & memberitahu anda tentang aktiviti nya.

Hati2 dengan si dia jika…

  • si dia terlalu cepat memberitahu anda bahawa si dia ingin menjalinkan hubungan serius dengan anda. Misalnya baru 3 hari sudah bercakap soal cinta & sayang.. Nampk mcm penipu je kn…?
  • mulut kata sayang & cinta tetapi tidak pernah mengambil berat soal anda malah bersikap mementingkan diri pula.
  • ada sahaja alasannya apabila anda meminta pertolongan. Sekiranya dia menolong skalipun hanya lah buat secara ala kadar sahaja untuk mengambil hati anda.
  • agak berkira sedikit dalam soal kewangan. Wlaupun masing2 telahbekerja namun apabila keluar makan bersama, hari ini si dia belanja anda namu, dia mula mengharapkan anda pula membelanja nya keesokan harinya..
  • si dia mengajak anda melakukan perkara yang si dia suka sahaja tanpa mempedulikan anda suka atau tidak apa yang dilakukannya.Jika anda tidak menyukai aktiviti yang akan dilakukan bersamanya,si dia tetap memaksa anda mengikutnya.
  • si dia cuba mengelak jika ditanya tentang alamat rumah dan hanya memberitahu secara umum sahaja. Begitu juga sekiranaya anda mahu tahu nombor telefon rumah & nombor telefon nya yg lain untuk dihubungi, si dia sama sekali tidak akan memberinya. Jika ikhlas, mengapa perlu berselindung..?
  • si dia tidak pernah menceritakan tentang status dirinya. Apabila ditanya si dia akan berkata ” saya mana ada gf..siapalah yang hendakkan saya”. Tetapi telefonnya tidak pernah berhenti dr menerima panggilan @ sms. Si dia akan merampas telefon cepat2 jika anda cuba membantunya menjawab panggilan telefon @ membaca sms.Selepas itu,setiap kali bersama anda,telefonnya akan dimatikan.. Faham2 je la…
  • si dia jarang menghubungi anda apabila tidak bersama anda dan memberi alasan sibuk untuk tidak keluar bersama anda.

Sumbangan: Mrs Teddy Sumber: Majalah Remaja

Break! Apa nak buat?

Ramai orang tahu apa makna break ataupun clash dalam perhubungan. Saya tahu ada dikalangan anda yang pernah clash dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan pada ketika itu. Semuanya dirasakan seakan hidup ini tidak bermakna. Berjurai-jurai air mata dikeluarkan dan pelbagai memori indah saat-saat anda bersama dengan pasangan anda hadir satu per satu dalam minda pada waktu itu. Tetapi semuanya tidak berguna lagi kerana dia bukan lagi pasangan anda.

Ada pembaca yang bertanya pada saya, apa yang perlu dilakukan apabila sudah break. Pembaca tersebut tidak tahu apa yang dia patut lakukan. Dia terasa sangat sedih dan tertekan dengan keadaan tersebut. Di sini, saya ingin berkongsi dengan anda beberapa tips yang boleh anda gunakan seandainya perkara ini berlaku pada anda.

1. Banyakkan berdoa dan bersabar - Memang ayat ini merupakan ayat yang biasa anda dengar. Kalau anda menceritakan masalah anda kepada rakan anda mengenai hal ini, mereka pun akan berkata sedemikian. Anda perlulah bersabar. Mungkin si dia bukan jodoh anda. Mungkin ada seseorang yang lebih baik dan lebih sesuai untuk menjadi teman hidup anda. Anda hanya perlu bersabar dan nantikannya.

2. Makan coklat - Mengikut kajian dan beberapa artikel yang pernah saya baca, coklat dapat menenangkan seseorang. Jadi untuk menenangkan diri anda, anda makanlah coklat. Kalau tidak pun, anda makanlah aiskrim. Aiskrim juga dapat menenangkan diri anda yang sedang bercelaru itu. Tetapi bagi mereka yang takut akan gemuk kerana makan coklat atau aiskrim ini, anda boleh ikut tips yang seterusnya. Tapi kenapa anda takut gemuk ye? :p

3. Luahkan kepada kawan rapat - Saya percaya setiap orang mempunyai rakan karib. Rakan karib yang saya maksudkan di sini bukanlah bekas kekasih anda itu tetapi rakan baik anda yang dapat anda kongsikan masalah anda ini. Ceritakan masalah tersebut pada dia dan luahkan segalanya. Ini dapat mengurangkan rasa tertekan dan selain daripada itu, ia dapat memberikan peluang untuk rakan baik anda itu untuk memberikan pendapat dan kata-kata nasihat beliau.

4. Berhibur - Buatlah sesuatu yang dapat menghiburkan hati anda. Menyanyi ke, bermain game ke, tengok wayang dengan rakan-rakan ke, ape ke. Apabila anda berhibur, anda akan berasa gembira dan terlupa sebentar akan masalah anda itu.

5. Tidur - Kalau susah sangat, lebih baik anda tidur. Dalam nangis teresak-esak itu, anda akan berasa penat dan akhir sekali anda akan tertidur. Apabila anda terjaga dari tidur, diri anda akan berasa segar dan pemikiran anda lebih terbuka untuk menerima apa yang telah berlaku. Analoginya adalah sama pada budak kecil yang menangis yang menginginkan sesuatu. Budak kecil itu akan menangis dan menangis dan apabila sudah puas menangis, budak kecil itu akan terlena dengan nyenyaknya. Apabila terjaga dari tidur, dia akan terlupa dan tidak kisah dengan benda yang dia inginkan pada sebelumnya.

Dengan tips-tips ini, diharapkan ia dapat membantu anda dalam menangani masalah anda. Dan, sekiranya anda mempunyai tips-tips tambahan untuk artikel ini, anda boleh sampaikan ia melalui komen di bawah

Wednesday, October 10, 2007

Nilai Kasih Seorang Ibu.........

Kisah adalah mengenai Nilai kasih Ibu
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk
menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan
sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera
mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang
dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak
sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu
mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang
kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian & keperluanmu -
PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang
dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah
ibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah
Dibayar" pada mukasurat yang ditulisnya.

Ingat lagu di RTM? - Who's next? My mother! Who's
next? My Mother!

Ucapan Lailahailallah...........

Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka
keluarlah dari mulutnya yang menggucapkan perkataan
yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau
akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah
burung-burung tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu
malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada
burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi
oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak
dipatuhi,malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah
SWT menceritakan kejadian itu. Maka Allah
memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu
burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu
diberitahu kepada
mereka.

Maka berkatalah burung-burung itu... "wahai malaikat
yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri
kami tetapi dengan satu permintaan".

bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?".

Berkata burung-burung itu, "Jika Allah ampunkan
dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah
Lailahaillallah sehingga terciptanya aku,barulah aku
akan tidak membuat
bising disini".

Berkata malaikat itu, "Baiklah aku akan sampaikan
kepada Allah".
UCAPAN LAILAHAILLALLAH

Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan
disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah
yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima
permintaan tersebut.

Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu
dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan
mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising
dan mereka bergantungan diArasy Allah sambil berzikir
dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap
Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat.

Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak telepaskan
peluang yang diberi oleh Allah itu. Dengan hanya
mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka
balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci
Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Saturday, October 6, 2007

MENJAGA RAHSIA RUMAH TANGGA

Dipetik dari Web Jalinan Keluarga
Majalah Sinar Rohani, Mac 2003
Rumah tangga perlu dibina berasaskan kepada nilai-nilai murni yang cukup
sempurna kerana rumahtangga yang sempurna dan bahagia akan mampu
menjamin lahirnya suami, isteri, ibu bapa dan anak-anak yang berkualiti. Untuk
itu seharusnya suami isteri membuat persediaan secukupnya berkenaan ilmu
rumahtangga untuk diaplikasikan dalam kehidupan berkeluarga. Betapa tidak,
rata-rata ibu bapa tidak begitu serius dalam mengendalikan urusan rumah
tangga mereka. Cukuplah sekadar menyediakan makan pakai serta
menguruskan persekolahan anak-anak tanpa mementingkan unsur kasih sayang
dan merapatkan hubungan antara kesemua ahli keluarga. Kesannya berlakulah
kes perceraian yang bukan sahaja melibatkan golongan muda bahkan yang
sudah tua. Malah yang lebih menyedihkan, kerosakan rumah tangga ini
menyebabkan pelbagai isu serius timbul seperti penderaan terhadap isteri, anak,
sumbang mahram dan seumpamanya.
Mengawal Sikap
Kebijaksanaan suami isteri dalam mengendalikan rumah tangga adalah aspek
yang paling penting dalam menjaga kerukunan sebuah keluarga kerana di antara
unsur yang boleh mengganggu hubungan kasih sayang ialah kegagalan pihak
suami atau isteri dalam menjaga rahsia rumahtangga di mana banyak sekali
rumah tangga yang kucar-kacir disebabkan suami atau isteri yang bersikap suka
menjaja dan menyebarkan rahsia pasangannya kepada orang lain.
Hakikat Rahsia
Hakikat rahsia rumahtangga yang dimaksudkan sebenarnya adalah terbahagi
kepada beberapa bentuk yang perlu diketahui kedudukannya seperti:
1. Rahsia khusus: Rahsia-rahsia khusus adalah hal peribadi yang diminta
secara khusus oleh suami atau isteri kepada pasangannya supaya dirahsiakan.
Iamam al-Ghazali ada mencatatkan di dalam kitabnya Mukasyafatu al-Qulub
tentang beberapa tafsiran ulama mengenai perintah Allah kepada orang-orang
mukmin supaya menjaga dan di mana antara amanah itu ialah “satu perkataan
atau ayat” yang diamanahkan supaya dijaga dan dirahsiakan. Maka wajib
menjaga amanah tersebut. Begitu juga sesuatu yang dibisikkan kepada
pasangan dengan permintaan supaya ia menjadi rahsia antara mereka berdua,
maka ia tergolong dalam amanah yang wajib dijaga.
2. Rahsia Yang Menyentuh Keselamatan: Mungkin ada orang yang
memusuhi pasangan kita berniat jahat dan hendak mengkhianati dan
menganiayainya. Musuh itu mungkin menyamar dengan meminta daripada kita
segala maklumat, latar belakang dan sebagainya. Dalam keadaan ini kita
sebagai pasangannya harus cerdik dan bijaksana. Tersalah memberi maklumat
kepada musuh sesungguhnya akan mengundang bahaya kerana sejarah ada
mencatatkan tentang kisah isteri Sam’un al-Ghazi yang mendedahkan rahsia
kekuatan suaminya kepada pihak musuh hingga menyebabkan nyawa suaminya
terancam. Oleh itu janganlah terlalu jujur atau memberi segala maklumat
sehingga mendedahkan “rahsia” keselamatan pasangan. Seboleh mungkin
cubalah mengesan helah orang yang berniat jahat terhadap pasangan melalui
tutur kata atau perilaku mereka.
3. Rahsia Harta Benda: Harta benda dan kewangan pasangan juga adalah
rahsia yang wajib dijaga dan dipertahankan oleh isteri. Dalam hal ini, isteri
terutamanya yang berfungsi sebagai pengurus rumah tangga tentulah orang
yang paling berperanan dalam menjaga rahsia rumah tangga yang dibina kerana
Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda yang bermaksud: “ Sebaik-baik isteri
adalah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila suami melihatnya dan
apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan ia dapat menjaga kehormatan
dirinya dan harta bendamu ketika engkau tiada di rumah.” (at-Thabrani)
Dalam konteks ini, rumah tangga dan segala isinya adalah dikatakan
“harta” dan benteng rahsia keluarga. Adalah menjadi tanggungjawb suami
isteri menjaganya dengan sebaik-baiknya. Sehubungan itu, Islam melarang
keras orang yang mencuri-curi pandang ke dalam rumah orang lain tanpa
mendapatkan keizinan daripada tuan rumah. Sabda Rasulullah s.a.w. : “ Jika
ada orang yang menjengok-jengok rumahmu tanpa izin, lalu engkau
melontarkan batu kepadanya sehingga pecah matanya, tidaklah engkau
berdosa.” (Bukhari dan Muslim)
4. Rahsia Bilik Tidur: Inilah rahsia yang paling utama dan benteng terakhir
rahsia rumah tangga di mana rahsia yang berkaitan hubungan kelamin suami
isteri ini hendaklah disembunyikan dan hanya menjadi rahsia antara pasangan
kerana adalah haram dan berdosa hukumnya sekiranya salah seorang dari
pasangan menghebahkan hubungan mereka kepada pengetahuan, pendengaran
dan penglihatan orang lain meskipun anak-anak sendiri. Itulah sebabnya
mengapa Islam mensyariatkan agar dipisahkan tempat tidur anak-anak sejak
mereka berusia tujuh tahun serta mengajarkan kepada mereka supaya memberi
salam dan meminta izin terlebih dahulu sebelum masuk ke bilik ibu bapa mereka
terutamanya pada tiga masa seperti yang disebut di dalam al-Quran iaitu
sebelum Subuh, sekitar waktu Zuhur dan selepas Isyak kerana pada waktuwaktu
ini kemungkinan suami isteri sedang bersama atau pun mereka sedang
berehat, bersantai atau tidur.
5. Rahsia Berhubung Soal Maruah: Maruah melibatkan aurat, aib dan
kelemahan seseorang. Firman Allah S.W.T. yang maksudnya: “ Adapun wanitawanita
yang solehah itu ialah wanita-wanita yang patuh (taat) dan memelihara
kehormatan dirinya semasa ketiadaan suaminya sebagaimana Allah telah
memelihara mereka.” (An-Nisa: 34) Dalam hal ini banyak perkara boleh
berlaku sekiranya pasangan gagal menjaga maruah dirinya seperti:
i. Isteri atau suami berlaku curang terhadap pasangannya.
ii. Pasangan mencari hiburan di luar rumah.
iii. Pasangan menduakan suami atau isteri.
iv. Pasangan menceritakan rahsia rumah tangganya kepada orang lain.
6. Rahsia Berhubung Nafkah: Dalam hal ini suami adalah wajib hukumnya
untuk memberi nafkah atau perbelanjaan untuk isteri dan anak-anaknya.
Pemberian ini adalah mengikut kemampuan, tidak sampai dilabelkan sebagai
suami yang bakhil dan kedekut atau pun suami yang terlalu boros dan
bermewah-mewah. Pokok pangkalnya seseorang itu wajib memberikan nafkah
menurut kemampuannya. Oleh itu permasalahan sara hidup hendaklah
dibincangkan sebaiknya dengan pasangan agar tidak menganiayai diri sendiri,
isteri mahu pun anak-anak. Malah elakkan daripada menjadi topik perbualan
atau pun umpatan orang lain lantaran kegagalan kita menyimpan rahsia
tersebut.
Jika Sudah Terpaksa
Sikap saling memahami dan berlapang dada (sabar) adalah yang paling utama
mesti ada di dalam jiwa setiap individu yang menjadi suami atau isteri. Tidak
seharusnya mana-mana pihak, suami atau isteri bertindak meluahkan perasaan
dan menceritakan rahsia pasangan kepada orang luar sebelum cuba
menyelesaikan masalah itu dengan jalan perbincangan melainkan tidak ditemui
jalan penyelesaian lain sehingga rahsia rumah tangga terpaksa diluahkan kepada
pihak ketiga.
Contohnya sebagaimana peristiwa yang telah berlaku di zaman Rasulullah
SAW di mana seorang wania mengadu kepada baginda bahawa dia telah dipukul
oleh suaminya. Pada awalnya, Rasulullah memutuskan bahawa suaminya boleh
dikenakan qisas (pukul dibalas pukul), tetapi pada ketika itu juga telah turun
wahyu yang membolehkan suami memukul isterinya dalam keadaan tertentu
iaitu dengan tujuan mendidik (bukan memukul untuk menyakitkan atau memukul
kerana geram). Secara tidak langsung, wanita tadi telah membocorkan rahsia
rumah tangganya dengan menceritakan keburukan suaminya kepada pihak
ketiga iaitu Rasulullah s.a.w.
Maka dalam kes seumpama ini, tidak menjadi kesalahan bagi isteri (atau
suami) untuk membuka rahsia rumah tangganya kerana ia dibuat demi
kepentingan atau kebaikan rumah tangga itu sendiri. Iaitu apabila timbul
masalah dalam hubungan suami isteri yang tidak dapat diselesaikan melalui
perbincangan bersama, dan pihak suami atau isteri merasakan bahawa dia sudah
tidak mampu menghadapinya, maka satu jalan penyelesaian perlu diambil
dengan melibatkan ‘orang luar’, dengan kata lain, rahsia rumah tangga terpaksa
dibuka ke pengetahuan seseorang. Maka beberapa perkara harus diambil kira
iaitu:
i) Merujuk Kepada Orang Yang Sesuai
Andainya sudah bulat tekad untuk membawa soal dalaman rumah tangga
kepada orang lain, maka haruslah dirujuk kepada orang yang tepat kerana bukan
sebarangan orang boleh menjadi tempat mengadu masalah apalagi jikalau ia
melibatkan perkara sulit. Maka pastikanlah bahawa orang yang diadu itu adalah
orang yang amanah, boleh dipercayai, memiliki sifat adil mudah dipengaruhi
emosi, tenang dan berwatak pendamai. Jika tidak, dia mungkin menjadi
penghasut dan pengusut masalah. Tidak kira sama ada ia merupakan teman
rapat atau pun seorang kaunselor yang berpengalaman, yang penting di boleh
membantu dalam memberi pandangan dan nasihat, atau menjadi orang tengah
dalam membetulkan hubungan dua hala antara suami isteri yang tergendala.
ii) Membuka Rahsia yang sesuai
Kita harus ingat bahawa orang yang diadu itu tetap merupakan ‘orang luar’
dalam konteks sesebuah rumah tangga. Oleh itu apa jua rahsia yang mahu
diceritakan kepadanya harus dibataskan kepada hal-hal yang berkaitan dengan
masalah yang dihadapi sahaja. Tidak lebih daripada itu. Jangankan disebabkan
pengaruh emosi, kita membuka segala rahsia pasangan.
iii) Merujuk kepada Hakam
“Hakam” adalah wakil daripada kedua-dua pihak suami dan isteri di mana pihak
lelaki diwakili seorang hakam, begitu juga dengan pihak wanita. Adakalanya
mahkamah sendiri yang akan melantik hakam tersebut di mana kedua-dua
hakam ini berfungsi sebagai pendamai untuk membantu menyelesaikan kes yang
dihadapi.
Hal ini disebutkan melalui firman Allah SWT yang maksudnya:
“Dan jika kamu khuatirkan ada persengketaan antara kedua-duanya
(suami isteri), maka kirimlah seorang hakam dari keluarga lelaki dan seorang
hakam dari keluarga perempuan.” (An-Nisa’: 35)
Kedua-dua hakam ini akan melakukan ‘soal selidik’ ke atas suami atau
isteri dalam sesi berasingan, untuk mengetahui punca dan kedudukan masalah.
Di sinilah pentingnya peranan hakam yang dipilih itu yang mesti memiliki sifat
sebagai orang yang boleh dipercayai, bijaksana dan adil, boleh menyimpan
rahsia, bijak bertindak dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Dalam hal ini,
suami mahupun isteri harus memberi kepercayaan kepada hakam di mana
sedikit sebanyak rahsia rumah tangga mereka terpaksa diluahkan. Kemudian
kedua-dua hakam ini akan bertemu untuk mencari penyelesaian. Andainya
didapati tidak ada lagi titik temu antara kedua-dua suami isteri, kedua-dua
hakam harus sepakat untuk membuat keputusan memisahkan mereka dengan
cara baik di mana ia perlu dirujuk kepada mahkamah.
iv) Merujuk kepada mahkamah
Ini merupakan peringkat terakhir di mana jalan penyelesaian melalui
perbincangan dan melalui kaunselor atau orang tengah “hakam” tidak lagi
membuka sebarang harapan untuk perdamaian. Di sini mahkamah boleh
membuat keputusan ke atas masa depan rumah tangga tersebut di mana rahsia
rumah tangga terbabit terpaksa disingkap di hadapan hakim atau mahkamah.
Mengambil Iktibar:
Teladanilah kisah-kisah yang pernah berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. seperti
kebijaksanaan saiditina Khadijah r.a. dalam menjaga rahsia kerasulan Rasulullah
iaitu selepas menerima wahyu pertama di Gua Hira’ di mana beliau telah
bertindak bijak dengan menceritakan peristiwa itu hanya kepada orang tertentu
untuk mendapatkan pandangan dan tidak merujuk kepada sebarangan orang
tetapi memilih orang yang telah dikenal pasti layak menjadi tempat rujuk dan
boleh menyimpan rahsia. Orang itu adalah sepupunya sendiri, Waraqah bin
Naufal, seorang alim yang masih berpegang pada ajaran tauhid. Rahsia ini
disimpan kemas sehinggalah Rasulullah s.a.w. sendiri menerima perintah untuk
pergi ke tengah masyarakat menyampaikan amanah wahyu yang diterimanya.
Kesimpulannya, biar apa pun masalah yang dihadapi termasuklah hal rumah
tangga, selaku seorang Islam hendaklah kita sentiasa mengingati Allah dan
memohon bantuan daripadanya. Kerjakanlah solat istikharah dan solat hajat
sebelum membuat apa jua keputusan agar diberi hidayah dan kekuatan. Di
samping itu ambillah iktibar daripada hitam putih kehidupan masyarakat
sekeliling kita. Bak kata pepatah “ Yang baik, jadikan teladan, yang buruk jadikan
sempadan.”

Siapa sebenarnya khianati perjuangan Islam?

BEBERAPA rencana dan soal jawab yang disiarkan oleh Utusan Malaysia sama ada mengenai ruangan Forum atau ruangan Agama telah ditimbulkan mengenai takrif ulama. Penulis sendiri telah menghadiri satu majlis forum di salah sebuah institusi Islam di Kedah yang dihadiri oleh para ulama dan para korporat yang berlatar belakang agama.

Penulis telah mengemukakan soalan kepada panel, ''Kenapakah pakar di bidang lain seperti perundangan, perakaunan dan ekonomi tidak boleh digelar ulama?''

Walaupun para ahli panel tidak menjawabnya tetapi salah seorang daripada yang hadir ialah ulama yang terkenal telah menjawabnya dengan memetik sepotong ayat al-Quran daripada surah Fatir ayat 28 yang bermaksud, Bahawa mereka yang takut Allah s.w.t. ialah di antara hambanya yang ulama (berilmu).

Di sini tidak kira ilmu apa tetapi takwanya kepada Allah s.w.t. dimestikan. Oleh itu, walaupun orang itu berilmu agama yang banyak tetapi takwanya kosong, maka ia termasuk dalam golongan ulama suk atau ulama jahat.

Dalam sebuah syair Imam Shafie menyebut Ulama yang tidak beramal dengan ilmunya akan diazab oleh Allah s.w.t sebelum diazab penyembah berhala.

Ulama jahat ini termasuk ulama yang takbur membalas dendam, sifat-sifat seperti ini bukanlah lahir daripada ulama yang baik atau ulama al-khair.

Begitulah juga khatib yang berbohong atau memfitnah di atas mimbar di dalam masjid dengan berkhutbah perkara yang ia tidak pasti tentang kesahihannya boleh digelar ulama fasik kerana ia berbohong atas nama Islam. Beberapa kejadian telah berlaku di atas mimbar ketika berkhutbah amatlah memalukan.

Adalah mengarut semata-mata jika ada mereka yang berpendapat bukan Islam telah mula menerima cara parti pembangkang memerintah mungkin mereka yang ditemui itu hanya bermanis mulut kerana mencari makan atau tidak mahu gaduh dengan golongan taksub.

Baru-baru ini saya telah menziarahi seorang pesakit di Kuala Lumpur yang telah beransur sembuh banyak kawannya dari universiti turut menziarahi yang terdiri daripada kaum asing bukan Islam. Apa yang menarik sekali ialah seorang daripada mereka menjawat jawatan pengurus kanan di sebuah firma antarabangsa menceritakan: ''Ibu bapa dan keluarga saya beragama Buddha tetapi saya telah memeluk agama Kristian sejak di tingkatan empat, saya tertarik dengan agama Kristian kerana tiada banyak Tuhan seperti Buddha'', katanya.

''Kalau banyak Tuhan kacaulah yang mana satu nak di ikut''. Cerita agama Kristian ini tidak banyak berbeza dengan Islam hanya mereka mempercayai Jesus itu anak Tuhan, Islam tidak mempercayai kerana Allah s.w.t. tidak mungkin ada anak dan tidak boleh beranak. (rujuk surah Al-Ikhlas).

Pada hemat saya orang bukan Islam di Malaysia tentu akan lebih suka memilih Islam kerana dengan memeluk agama Islam mereka lebih selesa bergaul dan berinteraksi dengan kaum dan sahabat mereka yang majoriti Islam, tetapi kenapa mereka memilih Kristian.

Saya percaya kerana gambaran yang ditunjuk oleh apa yang digelar ulama Islam tidak seperti yang dipamerkan oleh paderi Kristian dengan lemah-lembut dan berpelajaran serta berpengalaman luas dalam ilmu kemanusiaan tidak membayangkan kebengisan dan kebodohan dan kadangkala kebiadaban yang dilaung atas nama Islam kalau tidak tentulah lebih banyak Fatimah Loh atau Hasnah Lim daripada Susan Lim atau Catherine Loh.

Sejak wafatnya Rasulullah s.a.w bermulalah detik perpecahan umat Islam mengenai pemilihan Khalifah yang pertama. Ada pihak yang mahu Sayidina Ali r.a. menjadi Khalifah dan pihak yang lain pula mahu Sayidina Abu Bakar r.a hingga Sayidina Ali r.a telah pergi menemui Sayidina Abu Bakar r.a memintanya menerima lantikan sebagai Khalifah barulah Sayidina Abu Bakar r.a. menerimanya.

Selepas wafat Sayidina Abu Bakar Al-Siddiq dan seterusnya diganti oleh Sayidina Omar, Othman dan Ali yang mana ketiga-tiganya telah dibunuh akibat pertelingkahan.

Selepas itu perpecahan demi perpecahan berterusan hinggalah ke akhir sekali peperangan di antara Iraq dan Iran, Iraq dan Kuwait yang membunuh jutaan sesama Islam dan membelanjakan berbilion dolar dengan sia-sia sementara umat Islam tidak berubah malah menjadi semakin lemah dan semakin jahil.

Haruslah diingat bahawa sejak sebelum Islam dan awal Islam orang Yahudi telah hidup bersama orang Arab sambil menjalankan perniagaan mereka dengan memberi hutang kepada pedagang dan tuan tanah Arab dengan mengenakan riba yang tinggi.

Mereka bercampur gaul hingga ke para ulama Islam yang terdahulu sama ada mereka dari awal lagi telah menghasut hingga berlaku pembunuhan tidak dapat dipastikan waktu itu kerana kaum Yahudi sangat kuat menyimpan rahsia hinggalah tentera Israel menawan Baitulmaqdis pada tahun 1967.

Menteri Perang Israel, Moshe Dayan dengan terang dan berani mengatakan mereka telah merancangnya selama 2000 tahun untuk balik ke sini dan mereka sama sekali tidak akan keluar darinya.

Sangkaan mereka tentang hasutan Yahudi daripada awal menjadi jelas dengan pengumuman Moshe Dayan itu.

Walau bagaimanapun agak terlewat untuk kita mengawal kejatuhan Islam daripada lemah dan mungkin akan hancur kerana rancangan yang diatur sejak ribuan tahun itu betul-betul mengenai sasarannya hingga tidak ada sebuah negara Islam pun yang terdaya mempertahankannya kerana semua kekuatan politik dan ekonomi telah dikawal sepenuhnya melalui rancangan tersebut.

Rancangan ini bukan sahaja terhenti selepas tertawannya Baitulmaqdis tetapi berterusan menerusi jaringan gabungan antara Mossad dan CIA. Termasuklah rancangan globalisasi atau dunia tidak sempadan walaupun berkali-kali kita menyebut hal ini tetapi dipekakkan sahaja oleh setengah pihak.

Melihat kepada senario ini saya berpendapat usaha mengembalikan syiar Islam bukanlah satu perkara yang mudah dicapai dan sudah pasti tidak ada jalan pintas untuk mengatasinya. Kepada mereka tidak kesempatan membaca mengenai Mossad biarlah saya terangkan sedikit mengenainya.

Menurut Victor Ostrovsky dalam bukunya By Way Of Deception (Dengan Cara Tipu Muslihat) yang diharamkan di Israel: ''Mossad sebenarnya tidak wujud secara rasmi di Israel, tetapi semua orang tahu mengenainya. Ia adalah unggul, kemuncak, teragung dan tertinggi sekali.

Kita sedar ia adalah satu pertubuhan sulit dan sebaik sahaja kita dipanggil masuk. Kita buat apa yang disuruh sebab kita percaya di sebalik itu terdapat satu kuasa super magic (ajaib besar) yang akan dijelaskan kepada kita apabila tiba masanya.

Banyak latihan kita ditumpu kepada membuat hubungan dengan orang yang tiada tahu-menahu, membuat satu kepercayaan yang pelik, sekali gus semua orang menjadi perkakas.

Kita fikir semuanya tersedia dengan mudah, kita boleh menggunakan sesiapa sahaja. Keseluruhan sebenarnya adalah cara membohong, cerita benar tiada kaitan sama sekali.''

Pada tahun 1982 waktu saya sedang dalam perjalanan dari Madinah ke Jeddah saya ditumpangi dalam sebuah kereta yang dipandu oleh seorang Mesir bersama saya, tiga orang dari Sudan yang diperkenalkan sebagai guru dan seorang lagi perempuan tua dari Nigeria. Lebih kurang 15 minit selepas bertolak, pemandu dari Mesir itu telah membuka radio. Berita dalam radio itu menyebut Presiden Mesir Anwar Sadat akan melawat Baitulmaqdis, ketiga guru Sudan itu membantah kerana dengan lawatan itu bererti mengiktiraf kedaulatan Israel ke atas Baitulmaqdis.

Setelah mereka berbincang beberapa lama saya mencelah dengan berkata ''Janganlah kamu membazirkan wang dan jiwa pemuda kamu, berdamailah dahulu dengan apa cara sekalipun kerana kamu tidak akan terdaya menewaskan Israel pada masa yang singkat ini.'' Mereka bertanya kepada saya, ''Kenapa tidak?'' Saya sebutkan kata-kata Moshe Dayan tadi iaitu mereka telah merancang selama 2,000 tahun tetapi umat Islam tidak punya apa-apa rancangan cuma berperang dengan membuta tuli.

Kepada pihak yang ingin mendapat bantuan Amerika haruslah melihat semula mengenai rekod mereka dalam perhubungan mereka dengan negara Islam di dunia. Apa yang berlaku di Iraq adalah sama sekali terkeluar daripada perikemanusiaan, tidak jauh berbeza dengan apa yang berlaku di negara mereka sendiri dalam melayan hak penduduk kulit hitam dari awal hinggalah ke hari ini.

Anak muda di Iraq hampir dua generasi tidak bersekolah akibat sekatan ekonomi, ribuan anak kecil mati akibat kekurangan ubatan ini semua dipaksa ke atas rakyat Iraq kerana mereka ingin memaksa Iraq memusnahkan sama sekali keupayaan senjata nuklearnya sementara mereka menolong serta menggalakkan Israel membuat senjata nuklear.

Hal yang hampir sama dikenakan ke atas Libya, Pakistan, Sudan dan di Rwanda, satu juta kaum Tutsi dan Hutu terbunuh dalam 100 hari akibat pertelagahan kaum yang dihasut (petikan buku Season of Blood (Musim Darah) oleh Fergol Keane).

''Adakah mereka ini patut kita meminta tolong, bukankah usaha meminta bantuan mereka adalah satu usaha mengkhianati agama, bangsa dan negara'', sifat yang meminta dijauhi Allah s.w.t.

Sejak rancangan mereka untuk pengganti calon Perdana Menteri dipatahkan, beberapa cubaan telah dilakukan seperti penyangak mata wang hingga menyebabkan kejatuhan pasaran saham yang berbilion ringgit hingga mereka yang tidak berdosa menjadi mangsa jatuh bankrap atau hampir bankrap.

Pengusaha bumiputera terpaksa menjual kepentingan mereka kepada bukan bumiputera, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan pelbagai lagi kejadian yang amat menyedihkan.

Tidakkah kita bernasib baik kerana ancaman ini telah dapat diatasi dengan kebijaksanaan, berani dan kerja keras pemimpin dan kakitangan kerajaan dan rakyat yang setia kepada negara.

Perdana Menteri pernah berkata, ''Kejayaan kita selama 40 tahun telah hampir dimusnahkan akibat perbuatan anti-Islam ini.''

Al Gore begitu marah dengan ketewasan rancangan mereka hingga berlaku biadab kepada tuan rumah di dalam majlis negara yang dihadiri oleh ketua-ketua kerajaan dunia, Al Gore sepatut dilaknat waktu itu juga, tetapi Perdana Menteri masih boleh senyum menunjukkan keperibadiannya yang lebih tinggi daripada orang yang biadab.

Itulah sifat yang jarang terdapat kepada pemimpin dunia yang lain dan dengan kerana itu jugalah beliau dihormati dunia kecuali ejen Yahudi yang tidak sedar diri.

Kenapa kita tidak bercakap perkara yang baik seperti pesanan Rasullulah s.a.w, Bercakaplah yang baik atau berdiam diri. Tidaklah betul kalau kita katakan apa yang dibuat oleh kerajaan itu semua 100 peratus betul dan benar.

Walau bagaimanapun kejayaannya yang terserlah tidaklah patut dinafikan sama sekali seperti melepaskan umat Islam daripada riba. Melalui penubuhan Bank Islam dan lain-lain institusi Islam di universiti dan sebagainya untuk mempertingkat syiar Islam secara lebih teratur dan kemas.

Walaupun kerajaan mungkin melakukan kesilapan tetapi sudah pasti kebaikannya lebih daripada kesalahan, tidakkah Al-Quran menyebut, Kebaikan itu boleh menghapuskan kejahatan. (Surah Hud 114).


© UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.

Wanita Memang Kompleks!

Sebelum anda membaca entri ini, cuba jawab soalan ini dahulu. Agak-agak, betul ke yang wanita ini kompleks dari lelaki? Hurm…fikir-fikirkanlah sambil anda membaca entri ini.
Lelaki
Waktu lunch, jalan ke tempat makan
Sampai kedai makan, masuk
Ambik Pinggan
Letak nasi
Letak Lauk
Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
Makan
Habis
Balik Opis or
G surau

Perempuan
Waktu lunch, jalan ke kedai makan
Perhatikan orang waktu jalan
Sempat mengumpat dulu
Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
Ramai orang,cari kedai lain.
Jalan lagi
Dah puas ati..masuk..
Survey lauk dulu 2, 3 minit.
Carik2 pinggan, ambik pinggan
Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?..eeeeiiii. .
Dah puas ati, ambik nasi
Ambik nasi ceduk sikit-sikit
Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
Buang balik nasi.banyak. .
Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
Ambil lauk
Pusing lagi
Carik sayur pulak!
Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
Ke kaunter bayaran
Tgk2 nasi dlm pinggan
Berbisik ngan kawan “alaamak byk la aku ambik”
Sampai depan kaunter “berapa?”
Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..
Keluarkan duit
Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
Tutup dompet. Ambik nasi
Tinjau-tinjau tempat duduk.
Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
Cari tempat duduk lain
Jumpa. Duduk..
Alamak. Air tak order lagi
Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan tudung
Order air
Bangun
Ambik sudu
Duduk
Bangun
Ambik Tisu
Duduk
Air sampai
Belek dompet (Step tadi)
Bayar
Tutup
Minum air
Start makan
Tengok-tengok orang sambil makan
Makan separuh..kenyang
Sebab dah minum air
Letak sudu, letak garpu
Pinggan tolak tepi
Borak2 kater makanan tak sedap
Ngumpat2..tg korang
Pukul 2, naik opis..
Ambik beg makeup, g surau!!!!!
Hak3. So, adakah perempuan memang kompleks atau list ni yang saja ditokot tambah? Mari-mari berikan komen anda yang bernas itu.

Tentang Cinta Yang Sempurna

Ini bukan tentang tips cinta, madah cinta, puisi cinta yang mendayu-dayu, jauh sekali fantasi tentang cinta. Ini adalah perkara BENAR yang sememangnya dinikmati oleh ramai insan di muka bumi ini, dan khusus saya tujukan untuk anda wanita.Cinta Yang Sempurna – satu tajuk yang ingin saya utarakan kali ini. Ini mungkin topik kontroversi. Sebabnya? Sebab kalau saya katakan, anda sebagai wanita, mampu untuk mendapatkan sebuah perhubungan cinta yang sempurna, mungkin anda ragu-ragu dengan kenyataan saya.Ramai yang berkata, tidak ada apa pun yang sempurna di dunia ini. Kita sebagai manusia mempunyai kekurangan. Kita mampu berusaha, Tuhan menentukan segalanya. Itu memang benar! Tuhan menentukan segalanya, tetapi seperti mana kita semua juga telah sedia maklum, Tuhan tidak mengubah nasib kita sehingga kita sendiri mengubahnya!Bagi sesetengah orang, mencari cinta bukan perkara yang mudah. Mencari cinta sejati lebih sukar. Mencari dan memperolehi Cinta Yang Sempurna jauh sekali. Apatah lagi bagi wanita yang seringkali dikecewakan, putus cinta, dan wanita yang kerap berjumpa dan berpasangan dengan lelaki berbahaya, mempunyai sebuah perhubungan dan keinginan untuk bercinta lagi sudah hampir tidak ada lagi dalam kamus hidupnya.Untuk pengetahuan anda – anda BOLEH mendapatkan sebuah perhubungan dan cinta sejati yang Sempurna. Ya, anda boleh! Langkah pertama untuk mencapainya bermula dengan diri ANDA sendiri!Ramai wanita saya temui, tidak perlu untuk diberitahu supaya berusaha keras ke arah untuk memperolehi cinta yang sejati. Tidak kiralah wanita “single” yang sedang mencari cinta dan pasangan, wanita yang sedang berpasangan, mahu pun wanita yang telah berkahwin. Malah, mereka ini semuanya berusaha keras untuk mendapatkan cinta sejati. Berusaha keras sehingga akhirnya mereka kepenatan!Masalahnya di sini, bukanlah soal kekurangan usaha; soalnya mereka hanya cuba dan berusaha tentang apa yang mereka tahu, dan tidak tahu APA cara lain untuk dibuat. Lagi kuat mereka berusaha, lagilah akhirnya mereka melukakan diri dan perhubungan mereka sendiri. Ramai juga dan selalu kita lihat wanita yang bahagia, rasa dirinya cukup sempurna, lengkap dalam hidup dan perkahwinannya tanpa berusaha dengan terlalu kuat dan gigih untuk mencapai keadaan ini. Mereka seolah-olah mempunyai kualiti yang tidak putus dan berterusan yang kadangkala mereka sendiri tidak tahu apakah ia.Kualiti seperti ini saya gelarkan, “Wanita Yang Sejati”. Macamana rupanya kualiti ini? Bolehlah dikatakan seumpama orang yang menari ‘waltz’. Dilakukan dengan betul, pasangan akan menghasilkan satu tarian yang kelihatan mudah, ‘ada kelas’, dan amat cantik segala pergerakan. Wanita Yang Sejati ini kelihatan cantik dalam segala aspek kehidupannya – cara dia berjalan, bercakap, duduk, mahupun mengikat rambut. Dia tidak mempunyai banyak masalah dalam perhubungannya; sama ada hendak menarik perhubungan yang diinginkan dalam hidupnya atau pun mempunyai perhubungan yang benar-benar terisi yang sedang dinikmatinya sekarang.Setiap wanita telah dicipta untuk mempunyai aliran “Wanita Yang Sejati” ini. Saya tidak maksudkan dengan cara memakai pakaian tertentu atau bercakap dengan cara yang dibuat-buat. Saya maksudkan tentang keyakinan terhadap diri sendiri dan tentang keunikan kecantikan. Cuba anda fikirkan sejenak, siapakah agaknya yang anda kenali seolah-olah berterusan menikmati dan mempunyai sebuah perhubungan yang bahagia?Saya sedar ada yang akan mengatakan tidaklah dalam semua keadaan wanita akan berjaya melakukan perkara seperti ini sebagai contoh dalam situasi wanita yang didera dan seumpamanya. Saya setuju, ada masanya walaupun dengan usaha yang terbaik dan bersungguh-sungguh, pasangan seseorang wanita itu tetap berterusan membuatkan usaha itu menjadi perkara yang mustahil untuk berjaya.Walau bagaimana pun keadaan seperti itu adalah sangat sedikit, apatah lagi bagi wanita yang belajar tentang rahsia bagaimana untuk meletakkan hatinya/perasaannya dahulu, iaitu sumber yang sebenar dan tulen, kekuatan, keyakinan diri, dan “kuasa” wanita tersebutBukanlah sesuatu yang memeranjatkan sekiranya saya mengatakan kepada wanita bahawa lelaki tidak sama dengan mereka. Lebih dari itu, perkara penting di sini bukan sahaja lelaki berbeza berbanding wanita tetapi juga kenapa mereka berbeza dan bagaimanakah perbezaan tersebut sebenarnya boleh membuat keuntungan atau memberi kelebihan kepada wanita. Malah jika dilihat, perbezaan tersebut seolah-olah wujud dalam bentuk semulajadi yang membolehkan mereka mempengaruhi lelaki.Selalu juga wanita bertanya apa yang lelaki inginkan? Saya rasa persoalan yang lebih penting dari itu ialah,”Apakah tindakan atau “skill” yang saya boleh guna berulangkali yang menjamin dia ingin memperuntukkan masanya bersama saya, atau, apakah teknik yang boleh saya buat yang pasti berjaya pada setiap kali ia digunakan?”Sebelum saya memberitahu apa yang perlu anda buat dalam hal yang melibatkan berkenaan lelaki, perlu bagi saya mengajak anda untuk sekurang-kurangnya berani untuk mengambil risiko. Mengambil risiko untuk keluar dari kebiasaan anda dan berani untuk hidup ke arah apa yang anda impikan. Mungkin cadangan ini agak janggal atau seolah-olah mudah sahaja untuk saya katakan kepada anda tetapi perlu anda fikirkan tentangnya secara serius.Dalam perhubungan, wanitalah yang selalunya lebih utama ingin meningkatkan, membina, dan seterusnya mahu menjadikan perhubungan lebih rapat. Mereka sentiasa dan berterusan mencari cara-cara baru dan terbaik pada pandangan mereka untuk mencapai matlamat ini walaupun pasangannya tidak terlibat sama dalam usahanya itu.Anda sebagai wanita sebenarnya adalah pakar dalam perhubungan. Ramai wanita terlibat dalam tindakan yang memusnahkan diri sendiri dengan hanya berharap seseorang lelaki itu kemungkinan besarnya dapat menyelamatkan diri mereka.Ingat! Anda bertanggungjawab di atas kebahagiaan diri anda sendiri!Pernahkah anda merenung kembali terhadap perhubungan anda dan mendapati ada sesuatu yang hilang atau masih tidak lengkap? Mungkin juga anda ialah seorang yang masih belum berpasangan tetapi mempunyai kehidupan sosial yang aktif. Anda selalu juga ‘dating’ tetapi tertanya-tanya kenapalah anda masih juga gagal bertemu dengan seseorang yang istimewa? Mungkin juga anda telah berumahtangga, wanita yang telah bertemu dengan pasangan hidup tetapi merasakan seolah-olah dalam perkahwinan anda itu, cinta dan kasih-sayang seolah-olah semakin pudar dan hilang.

Tanda Retaknya Perhubungan

Ini adalah tanda-tanda awal dan amaran sesebuah perhubungan itu menyusut dan retak.Maklumat ini adalah ‘penting’ untuk anda perhatikan supaya anda tau bila masa untuk anda dapatkan bantuan sekiranya perhubungan bermasalah.1) KritikanSelain dari hanya merungut,seseorang itu ‘menyerang’ dan menyalahkan personality atau/dan karektor pasangannya. Sebagai contoh, “awak ni memang la seorang yang pentingkan diri dan tak mengenang budi!”2) Membatukan DiriBuat tak tau,mengelak dan mula menjauhkan diri dari pasangan anda.3) Tak MenghargaiTidak ada percubaan untuk memahami pandangan masing-masing.4) MenghinaTindakbalas dengan niat untuk menyinggung dan/atau mendera pasangan secara psikologi. Contohnya, “awak ni bukannya bodoh lagi, dah tahap bangang dah ni!”5) Tiada Pertahanan DiriTak sanggup dah nak mendengar penjelasan atau cakap pasangan kerana anda mula rasa takut, fobia akan kemungkinan tindakannya ke atas diri anda nanti.6) Menterjemah Secara NegatifApa saja pasangan cakap walaupun perkara tu positif atau neutral, tetap nampak negative pada pandangan pasangan yang satu lagi.Kalau anda rasa ada dua atau tiga perkara di atas sedang berlaku dalam perhubungan anda, ini masanya untuk mendapatkan nasihat dan pertolongan.

Rahsia Cinta Lelaki Ganas.

Inilah dia jenis lelaki kebanyakan wanita telah jatuh cinta, bercinta, berkasih,”dating”, dan juga berkahwin dengannya. Inilah dia jenis lelaki yang paling ditakuti oleh wanita.Apa yang membolehkan lelaki jenis ini berjaya dalam “karier”nya sebagai lelaki berbahaya, pendera, dan ganas menuntut kita semua khususnya wanita supaya mengkaji dan memahami fenomena asas tentang “penderaan domestik” – bukan sahaja dalam terma perlakuan lelaki jenis ini malah, dan mungkin juga yang lebih penting, dari segi apakah sebagai wanita, sekiranya terlibat, terlepas pandang pada awalnya sehingga menyebabkan mereka berterusan terlibat dan kekal dengan lelaki “species” ini. Sila ambil perhatian wanita semua:Tanpa mangsa, lelaki berbahaya, pendera, dan ganas ini tidak akan mampu meneruskan “karier” mereka dalam menyebabkan trauma, kecederaan, dan mungkin juga kehilangan nyawa kaum wanitaTerlalu sedikit atau tidak mungkin sesuatu perhubungan itu bermula dengan “penampar” pada pertemuan/”dating” yang pertama. Keganasan dalam sesebuah perhubungan berlaku semasa /bila perhubungan itu mula berkembang. Ia bermula sewaktu wujudnya perlanggaran terhadap batas-batas perlakuan/percakapan yang tidak ditegur, dan dibiarkan berterusan. Sekiranya pada awal lagi lelaki ini dibenarkan untuk bercakap atau mengeluarkan perkataan yang tidak elok, tidak peka terhadap emosi, atau mendera secara fizikal, dan wanita tetap bersamanya, ini bermakna wanita tersebut telah menyampaikan satu mesej terhadap lelaki ini tentang apa yang wanita tersebut mampu bertolak-ansur.Senyap atau mendiamkan diri bermaksud “penerimaan” bagi lelaki “species” berbahaya ini.Walaupun wanita menyatakan ketidakpuasan hatinya tentang apa yang berlaku, tetap bersama/berpasangan merupakan satu penerimaan terhadap perlakuan dan tindakannya, dari kaca matanya. Kebanyakan penderaan yang berlaku menunjukkan lelaki jenis ini berterusan mendera “kerana mereka boleh”. Maksudnya, lelaki “species” ini sentiasa “terlepas” dengan tindakan ganas dan penderaan yang dilakukan kerana pasangannya tidak membuat laporan kepada pihak polis atau pihak yang berkenaan, menarik balik laporan atau menggugurkan dakwaan, tetap bersamanya, atau balik semula menjalinkan perhubungan.Walaupun pada peringkat awal perhubungan, penderaan yang berlaku hanyalah dengan perkataan atau tidak mengambil peduli tentang keperluan emosi pasangan, akhirnya ia akan berkembang menjadi semakin berbahaya dan menunjukkan ekspresi ‘mengawal’ atau ‘kekuasaan’ melalui sikap yang ganas.Lelaki berbahaya dan ganas ini mempunyai “masalah” dengan kuasa dan kawalan. Mereka ini sentiasa ingin jadi “yang di atas”, atau yang paling berkuasa. Bila kuasa dan kawalan mereka ke atas seseorang wanita itu dirasakan tercabar oleh sifat individualiti atau keinginan pasangannya, sikap atau perlakuan ganas dan mendera boleh berlaku.Wanita yang “berdating” atau berpasangan dengan “lelaki species bom jangka” seperti ini mungkin tidak dapat mengetahui punca di sebalik sikap ganasnya. Asyik cuba untuk mencari punca tindakan lelaki seperti ini, cuba untuk memahami kenapalah dia selalu bertindak di luar kawalan berkemungkinan mengundang risiko sehingga ke tahap membahayakan nyawa sendiri.Walau bagaimanapun, apa yang paling penting di sini, wanita yang terlibat dengan lelaki seperti ini perlu “sibuk mencari sebab kenapa dia perlu bersamanya dan derita?” dari sibuk perlu mengetahui dan mencari sebab tentang punca perlakuan lelaki seperti ini setelah didera bertahun-tahun.

Friday, October 5, 2007

Rahsia Cinta Lelaki

Saya percaya tentu terdapat segelintir kaum perempuan yg sudah serik utk menjalinkn hubungan serius dgn kaum lelaki setelah beberapa kali dikecewakn..
Adakah anda ingin memegang title ’single n available’ hingga ble2? Dan apakah yg harus anda lakukan utk membuat pilihan yg tepat dlm memilih teman hidup dr kaum Adam? Tips2 berikut diharap dapat membantu anda serba sedikit dlm memilih lelaki yg benar2 ikhlas dan menyayangi diri anda. :)

Apabila seorang lelaki benar2 jatuh cinta dan setia akan pada kekasihnya dgn ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dgn jelas. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi akan menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yg dilakukan lelaki utk anda.. [-x

Berikut adalah tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn jujur n ikhlas:

  1. Si dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela dan bukan kerana terpaksa.
  2. Si dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan sanggup berubah demi menyenangi hati pasangannya.
  3. Si dia byk menasihati kekasihnya kerana si dia amat menyayangi kekasihnya.
  4. Si dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2. (maksud: mengambil berat stiap apa yg dilakukn oleh kekasihnya)
  5. Si dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  6. Si dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana si dia sentiasa berasa curiga jika kekasihnya dikacau lelaki lain.
  7. Si dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
  8. Si dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  9. Adakalanya si dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana si dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
  10. Si dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  11. Si dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk dan dimanjai oleh kekasihnya.
  12. Si dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
  13. Si dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
  14. Si dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
  15. Si dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana si dia tidak mahu kasih sayang antara mereka menjadi luntur.
  16. Si dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
  17. Si dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa mengorbankan masa dirinya sendiri.
  18. Si dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
  19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, si dia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun si dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
  20. Apabila timbul org ketiga,si dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  21. Si dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
  22. Si dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau si dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.
  23. Si dia sanggup menitiskn air mata demi kekasihnya..Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. (Tidakkah anda terharu melihat seorang lelaki yg sanggup menitiskan air mata demi anda?)

HARGAILAH MEREKA dan terimalah mereka seadanya… Berilah diri anda peluang utk kembali mencintai seorang yg bergelar lelaki.. :)

Perlu ke berahsia dengan pasangan?

Setiap pasangan mempunyai cerita yang tersendiri. Ada yang kalau boleh, mahu je menceritakan segala apa yang berlaku kepada pasangannya. Kalau tidak pun, menceritakan apa yang dia makan, apa yang dia rasa, apa perasaan dia pada ketika itu dan macam-macam lagi. Tetapi, tidak semua yang perlu kita beritahu bukan?

Memang tidak salah untuk berahsia tetapi janganlah sampai menipu. Sekiranya anda melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh pasangan anda, memang la kita patut tidak menceritakan kepadanya. Ini bagi mengelak hubungan kita menjadi masalah. Tetapi sekiranya dia dapat tahu dan kita menipunya, tidakkah keadaan akan menjadi lebih teruk?

Kita juga janganlah terlalu jujur sehingga semua benda ingin diceritakan kepada pasangan kita apabila ditanya. Saya tahu anda pernah tanya kepada pasangan anda, apa lauk yang mereka makan pada tengahari tadi atau pun malam tadi. Owh…ianya amat biasa bagi setiap pasangan untuk tanya soalan-soalan sebegini. Dan ada juga pasangan yang tanya soalan yang bukan-bukan. Merepek-merepek sahaja soalannya. Contohnya pasangan yang selalu tanya yang bukan-bukan adalah, saya. Eh…saya gurau sahaja. Mana ada… He3. :D

Tetapi, anda harus tahu memang ada perkara yang perlu kita rahsiakan. Di antaranya, sekiranya perkara itu merupakan rahsia yang kita telah janjikan dengan seseorang, tidak elok untuk kita ceritakan kepada pasangan kita. Kerana ia digolong dalam golongan orang yang tidak amanah. Selain daripada itu, ada juga rahsia yang berkaitan dengan pekerjaan. Takkan anda bekerja sebagai ejen rahsia kerajaan dan menceritakan misi-misi sulit kepada pasangan anda? Tidak baik bukan?

Jadi, semuanya terpulang kepada anda. Apa yang saya ingin tekankan di sini adalah, anda boleh berahsia tetapi jangan menipu. Binalah hubungan yang jujur dan ikhlas. Ok? :)

Peringkat Perhubungan ke Arah Cinta Sejati

Dalam usaha untuk ‘mencipta’ sebuah perhubungan cinta yang indah, intim, sihat dan bahagia selamanya, setiap pasangan secara sedar atau tidak pasti melalui beberapa peringkat sebelum mencapai Cinta Sejati.

1) Cinta Yang Romantik

Cinta pada tahap ini segalanya indah, segalanya mungkin sampai ‘Lautan api sanggup ku renangi’. Kekasih berada di ingatan hampir setiap masa. Bila berjauhan teramat rindu, bila bertemu macam tak nak balik la pulak rasa! Keinginan dan kehendak pasangan akan cuba dipenuhi dan dituruti seboleh mungkin.

Ramai pasangan yang berfikir bahawa perasaan cinta yang indah dan romantik amat ini akan berterusan selamanya. Ya lah, janji diucap sehidup semati, ‘dunia bagai kita yang punya’ gitu!

Cinta pada peringkat ini biasanya amat dipengaruhi, menuruti perasaan dan kurang sekali menggunakan akal yang waras.

Peringkat ini biasanya bertahan dari empat bulan(ada yang kurang dari tempoh ini) ke tiga tahun(biasanya dua tahun lebih). Ini adalah peringkat yang paling pendek/singkat masanya berbanding dengan peringkat yang seterusnya.

2) Penyesuaian Kepada Realiti

Okay.. realiti. Dunia yang nyata. Bila realiti muncul, peringkat romantik dan penuh fantasi tadi tu dah mula ‘pecah’. Peringkat ini muncul mungkin secara tiba-tiba atau perlahan tanpa disedari. Mana satu pun cara peringkat ni muncul/tiba, yang pasti ia disebabkan berlakunya konflik dalam perhubungan. Tak kiralah konflik kecil atau besar.

Pencetus konflik boleh berlaku dalam berbagai bentuk dan cara dalam berbagai keadaan dan masa.

Bagi yang nak bertunang atau nak kahwin mungkin jangkamasa pertunangan menjadi isu,atau jumlah duit hantaran,besar kecil majlis perkahwinan yang nak dibuat dan sebagainya. Bagi yang sedang bercinta mungkin cemburu tak tentu pasal, dan bagi yang telah berkahwin pulak macam-macamlah perkara yang boleh jadi pencetus konflik.

Apa saja sebabnya, lepas saja berlakunya konflik, peringkat pertama perhubungan tadi tu akan terganggu.

Perbezaan atau kekurangan dari segi apa pun pada diri pasangan yang tak nampak/tak tau akan mula terlihat. Perasaan tak selesa, tak puas hati, kecik hati, terluka, konflik sudah mula mengambil tempat dalam perhubungan. Ada yang mula rasa ini bukanlah seperti perhubungan yang diimpikan.

Pada peringkat ini adalah biasa terutama bagi wanita akan mula rasa seolah-olah kehilangan sesuatu yang indah. Keinginan nak intim dan erat seperti sediakala mencengkam dan masih wujud namun perasaan menjadi keliru. Kenapa? Sebab perasaan takut sudah mula bertapak. Takut kehilangan, takut kecewa, takut ditipu dan dipermainkan. Bagi yang pernah gagal bercinta, pengalaman lalu mula menghantui diri.

Pasangan secara tiba-tiba terpaksa berurusan dengan perbezaan yang nyata di antara dua pihak, cara menguruskan emosi diri, emosi pasangan dan juga macamana menguruskan perhubungan.

Pendek katalah ya, boleh dikatakan peringkat ini adalah peringkat yang SEBENAR dalam bermulanya sesebuah perhubungan yang “real” ke arah Cinta Sejati.

Bila peringkat ini semakin berkembang, perbezaan pendapat antara pasangan semakin kerap berlaku. Isu kecil pun boleh jadi konflik besar. Lebih buruk lagi suara dah mula tinggi , sindir menyindir, ayat dan perkataan terhadap pasangan dah mula kasar dalam berkomunikasi.

Kedua pihak mempertahankan pendapat masing-masing sehingga kadangkala ‘berperang’. Ada juga dari ‘berperang’ mulut sehingga menjadi penderaan fizikal oleh pasangan. Dalam kes ini selalunya wanita yang menjadi mangsa serangan/penderaan fizikal.

Perlu anda faham, dalam perhubungan jangka panjang antara anda dan pasangan, konflik yang besar(tak kiralah apa jenis konflik) akan berlaku kepada 99% pasangan!

Peringkat inilah juga wujud perasaan ingin memutuskan perhubungan. Pasangan yang dianggap Cinta Sejati tiba-tiba dianggap amat menyusahkan.

3) Peringkat Penilaian

Pasangan yang masih/mampu bertahan di peringkat sebelum ini akan mula berfikir dengan serius di peringkat ini. Setiap kekurangan, perbezaan sikap dalam diri sendiri dan pasangan secara semulajadi akan menjadi perhatian dan dikaji.

Soalan seperti, “Betul ke dia ni pasangan yang sesuai dengan aku?” akan mula terfikir. Kadangkala perhubungan kelihatan tenang tapi hakikatnya perhubungan berada seperti ‘telur di hujung tanduk’. Ramai juga pasangan pada peringkat ini dah mula ada ‘affair’ di luar perhubungan.

Bahayanya di peringkat ini, banyak perhubungan yang gagal!

Pasangan yang berada di peringkat ini perlu mempunyai sikap yang positif dan kemahiran dalam menguruskan konflik,perasaan sendiri dan pasangan serta hubungan. Perasaan perlu dikawal dengan ilmu dan emosi TIDAK boleh dibenarkan sama sekali mengambil tempat fikiran yang waras. Fokus yang tinggi bersama usaha KEDUA-DUA pasangan adalah amat penting.

Hanya dengan cara ini perhubungan dapat dikekalkan dan bergerak ke peringkat seterusnya.

4) Peringkat Kesedaran

Di peringkat ini, kedua pihak sudah mula merapatkan diri dan keinginan untuk meneruskan perhubungan sudah mula terbit.

Segala pengalaman yang telah dilalui,diharungi bersama menjadi satu pengajaran berguna. Konflik dan perbezaan pendapat masih juga berlaku tapi cara dan pendekatan penyelesaiannya sudah mula berbeza. Takde lagi ‘peperangan’.

Kedua pihak mula menggunakan peluang untuk menyelami dan mengenali dengan lebih dalam dan dekat pasangannya. Perbezaan diri masing-masing sudah mula diterima dengan baik dan positif.

Ini memulakan perhubungan yang jujur dan ikhlas membawa kepada perasaan puas dalam perhubungan di antara dua pihak. Perkongsian perasaan dan penerimaan akan keinginan yang berbeza antara pasangan mula berlaku dengan pantas. Mereka akan mula melihat pasangan sebagai diri sendiri.

5) Penerimaan

Peringkat terakhir yang membawa kepada perhubungan yang komited. Pakar merumuskan kurang 5% pasangan tiba di peringkat ini, penerimaan yang mutlak dalam perhubungan.

Di peringkat ini, setiap individu bertanggungjawab dalam tindakannya terhadap diri sendiri, pasangannya dan perhubungan. Dua jiwa menjadi satu. Bekerjasama dalam segala sudut yang diperlukan pasangan dan perhubungan. Konflik sekiranya berlaku(pasti berlaku kerana konflik adalah perkara biasa dalam sesebuah perhubungan) bukan lagi perkara yang merosakkan malah merapatkan lagi perhubungan dan kemanisan cinta.

Pengalaman peringkat-peringkat sebelum ini menjadikan hubungan amat matang dan kuat sehingga ke tahap;

Mereka kenal di antara satu sama lain dan faham keinginan serta apa yang diharapkan oleh pasangan tanpa perlu diberitahu!

Mereka bekerjasama, ‘team work’ untuk kekal harmoni dan tentu sekali menghormati hak pasangannya secara individu. Pendekkan cerita..inilah Cinta Sejati!

Kesimpulan

Ini adalah 5 peringkat kebanyakan pasangan lalui dalam proses perhubungan jangka panjang. Tidak semua pasangan akan lalui setiap peringkat dengan pasti mengikut turutan yang diterangkan tadi.

Anda perlu tau di tahap/peringkat mana perhubungan anda sekarang supaya anda dan pasangan boleh menentukan tindakan terbaik yang diperlukan untuk mencapai perhubungan yang berkekalan.

Perhubungan yang mencapai tahap Cinta Sejati memerlukan masa, ilmu, kesedaran, pengorbanan kedua-dua pihak dan usaha yang berterusan.

Cinta Sejati BUKAN berdasarkan fantasi seperti di peringkat pertama. Cinta Sejati adalah cinta yang “Berpijak di Bumi Nyata”.

Cinta anda?