Carian

Room Chatting

Saturday, October 6, 2007

Rahsia Cinta Lelaki Ganas.

Inilah dia jenis lelaki kebanyakan wanita telah jatuh cinta, bercinta, berkasih,”dating”, dan juga berkahwin dengannya. Inilah dia jenis lelaki yang paling ditakuti oleh wanita.Apa yang membolehkan lelaki jenis ini berjaya dalam “karier”nya sebagai lelaki berbahaya, pendera, dan ganas menuntut kita semua khususnya wanita supaya mengkaji dan memahami fenomena asas tentang “penderaan domestik” – bukan sahaja dalam terma perlakuan lelaki jenis ini malah, dan mungkin juga yang lebih penting, dari segi apakah sebagai wanita, sekiranya terlibat, terlepas pandang pada awalnya sehingga menyebabkan mereka berterusan terlibat dan kekal dengan lelaki “species” ini. Sila ambil perhatian wanita semua:Tanpa mangsa, lelaki berbahaya, pendera, dan ganas ini tidak akan mampu meneruskan “karier” mereka dalam menyebabkan trauma, kecederaan, dan mungkin juga kehilangan nyawa kaum wanitaTerlalu sedikit atau tidak mungkin sesuatu perhubungan itu bermula dengan “penampar” pada pertemuan/”dating” yang pertama. Keganasan dalam sesebuah perhubungan berlaku semasa /bila perhubungan itu mula berkembang. Ia bermula sewaktu wujudnya perlanggaran terhadap batas-batas perlakuan/percakapan yang tidak ditegur, dan dibiarkan berterusan. Sekiranya pada awal lagi lelaki ini dibenarkan untuk bercakap atau mengeluarkan perkataan yang tidak elok, tidak peka terhadap emosi, atau mendera secara fizikal, dan wanita tetap bersamanya, ini bermakna wanita tersebut telah menyampaikan satu mesej terhadap lelaki ini tentang apa yang wanita tersebut mampu bertolak-ansur.Senyap atau mendiamkan diri bermaksud “penerimaan” bagi lelaki “species” berbahaya ini.Walaupun wanita menyatakan ketidakpuasan hatinya tentang apa yang berlaku, tetap bersama/berpasangan merupakan satu penerimaan terhadap perlakuan dan tindakannya, dari kaca matanya. Kebanyakan penderaan yang berlaku menunjukkan lelaki jenis ini berterusan mendera “kerana mereka boleh”. Maksudnya, lelaki “species” ini sentiasa “terlepas” dengan tindakan ganas dan penderaan yang dilakukan kerana pasangannya tidak membuat laporan kepada pihak polis atau pihak yang berkenaan, menarik balik laporan atau menggugurkan dakwaan, tetap bersamanya, atau balik semula menjalinkan perhubungan.Walaupun pada peringkat awal perhubungan, penderaan yang berlaku hanyalah dengan perkataan atau tidak mengambil peduli tentang keperluan emosi pasangan, akhirnya ia akan berkembang menjadi semakin berbahaya dan menunjukkan ekspresi ‘mengawal’ atau ‘kekuasaan’ melalui sikap yang ganas.Lelaki berbahaya dan ganas ini mempunyai “masalah” dengan kuasa dan kawalan. Mereka ini sentiasa ingin jadi “yang di atas”, atau yang paling berkuasa. Bila kuasa dan kawalan mereka ke atas seseorang wanita itu dirasakan tercabar oleh sifat individualiti atau keinginan pasangannya, sikap atau perlakuan ganas dan mendera boleh berlaku.Wanita yang “berdating” atau berpasangan dengan “lelaki species bom jangka” seperti ini mungkin tidak dapat mengetahui punca di sebalik sikap ganasnya. Asyik cuba untuk mencari punca tindakan lelaki seperti ini, cuba untuk memahami kenapalah dia selalu bertindak di luar kawalan berkemungkinan mengundang risiko sehingga ke tahap membahayakan nyawa sendiri.Walau bagaimanapun, apa yang paling penting di sini, wanita yang terlibat dengan lelaki seperti ini perlu “sibuk mencari sebab kenapa dia perlu bersamanya dan derita?” dari sibuk perlu mengetahui dan mencari sebab tentang punca perlakuan lelaki seperti ini setelah didera bertahun-tahun.

0 comments: