Carian

Room Chatting

Thursday, October 4, 2007

Cinta Lelaki

Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik. Ia pelik
kerana hadir di jiwa seorang lelaki, yang sebelumnya keras, kasar
dan kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan romantis
mudah pula dia berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata
orang yang dicintainya. Semuanya ini melambangkan keunikan hati
lelaki yang sukar difahami . Adakalanya lunak tetapi selalunya keras
dan kurang simpati.

Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisinya tetapi tatkala
sudah memperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang
usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang disenangi
pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar
isteri. Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui :

Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri - tanpa
sedikit keterpaksaan. Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh
bahagia.

Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.

Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi
kekasih/isterinya.

Dia mencemburi kekasih/isteri - lantaran itu dia akan mengongkong
kebebasan mereka. Kongkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan
cemburu yg meluap-luap.

Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri.

Dia akan mudah merajuk dan sensitf apabila anda tidak menumpukan
perhatian penuh terhadapnya. Kadang-kadang dia seperti anak kecil
utk mendapatkan layanan yang terbaik dari pasangan.

Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa
saja asalkan dapat membahagiakan kekasih/isteri.

Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada
kekasih/isteri. Merasa lega bila pasangan memujuknya.

Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri.

Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS.

Dia akan kerap bertanya apakah kekasih/isterinya mencintainya. Lelaki
yang jujur dan cukup `mabuk' dalam percintaanya pasti tidak akan
melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa
berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.

0 comments: