Carian

Room Chatting

Saturday, September 8, 2007

PENYELESAIAN MASALAH YANG MENGUNTUNGKAN

Abdul Aziz dan isterinya mempunyai hobi yang menarik, iaitu membeli pelbagai perabot hiasan rumah dan juga cenderamata setiap kali melancong samada di dalam atau luar negara.

Akibatnya, rumahnya dah penuh sesak dengan pelbagai perabot dan hiasan. Hendak berkemas, tak tahu mana nak dihumbankan pula semua barang-barang itu. Tambahan pula, Aziz bercadang hendak mengubah suai rumahnya itu. Bertambah pening kepala beliau dibuatnya.

Suatu hari, beliau dapat idea untuk menyelesaikan masalahnya itu. Beliau bercadang nak buat 'garage sale' (jualan barang terpakai)! Maka habislah setiap ceruk kawasan perumahan termasuk kedai diedarkannya risalah tentang 'garage sale' tersebut.

Sambutan agak perlahan. Tetapi masuk minggu kedua, rumah beliau yang dijadikan 'showroom' tersebut diserbu bagaikan ada kenduri! Perabot dan hiasan beliau yang sememangnya bermutu mendapat perhatian. Ringkasnya, jualan tersebut dah 'cover' kos renovation!

Memandangkan potensi bisnes sebegini, Aziz menyewa sebuah rumah kosong dan menjadikannya sebagai pusat 'garage sale'. Selain menjual, beliau turut membeli barangan terpakai dari orang ramai. Nampaknya Aziz masih boleh meneruskan hobinya membeli perabot dan hiasan rumah, tetapi pada harga murah dan menjualnya dengan keuntungan!

Hobi beliau memang berbaloi!


Mesej & Pengajaran:
Dengan pemikiran kreatif dan inovatif, segala permasalahan boleh diubah menjadi peluang yang menguntungkan!

0 comments: