Carian

Room Chatting

Friday, September 7, 2007

Warkah kepada seseorang


Assalamualaikum....WBT

Terima kasih ku ucapkan kepada mu diatas persahabatan ini...terima kasih juga kerana sudi untuk berkawan dengan saya...dan telah memberikan saya sedikit kebahgiaan di atas perkenalan kita ini...

mungkin ini yg terakhir untuk mu..Sejak mula kita berkenalan lagi saya telah terasa ada kelainan dalam hati ku ini...tetapi hanya hati sahaja yg mampu berkata... sebab ku tahu bukan mudah untuk memiliki hatimu...tetapi sejak berita dan khabar yg ku dengar tempoh hari tentang pertunangan mu itu telah membuat hati ku kecewa dengan pendirian mu itu...nampaknya pendirianmu itu sudah tidak boleh digunakan pakai lagi kerana jika kamu tidak mahu mengecewakan sekali pun...kamu tetap akan mengecewakan seseorang tanpa sedar mu...jika kamu tidak mahu dikecewakan...kamu tetap akan dikecewakan...kerana Allah telah menciptakan setiap manusia dengan sifat yg cukup sempurna...ada sifat mulia dan terpuji ada sifat marah..benci....geram....sayang....rindu....sejauh mana kamu hendak lari dari semua itu...takdir nya tetap akan kamu tempuhi juga...benci...geram...sakit....kebahgian....kekecewaan...semua itu akan berlaku...

Seperti mana orang lain....saya menerimanya dengan redha...kerana saya faham apa yg telah ditentukan itu adalah Qada' dan Qadar tuhan...

cuma satu yg saya minta...lupakan lah segala apa yg pernah kita bicarakan atau apa2 sahaja yg ada dengan kita...padam lah segala memori mengenai saya.....lupakan lah nama saya didalam ingatan awak...

hanya itu yg saya pinta.....

sekiranya kehadiran mesej ini menggangu pendirian mu...sekali lagi ku memohon maaf di atas segalanya...

tetapi sekiranya masih ada secalit rasa syg mu kepada ku...ku berharap dirimu meluang kan sedikit masa untuk membalas warkah ini sebagai tanda daku tidak bertepuk sebelah tangan...sekurang-kurangnya ku tahu yang dirimu itu pernah menyintai dan menyayangi diriku walaupun ku tahu kita tidak di takdirkan bersama untuk mengecapi kebahagian ini....

walaupun di antara kita ada penghalang dari pelbagai bentuk...namun ku tetap akan mengabadikan cinta ku terhadap mu sebagai satu kenangan terindah yang tidak dapat ku lupakan walaupun hanya seketika....walaupun pada ketika ini kurasakan terlalu berat hatiku untuk melepaskan dirimu.

Pada ketika ku menghubungi, terasa amat berat untuk ku bernafas lagi, namun ku tetap tersnyum dan ketawa mendengar berita dari mu...setelah dirimu menjadi milik orang lain. Biarlah apa yang kurasakan ini, kupendamkan sahaja dihati ini tanpa perlu untuk mu khuatir kerana tidak mahu dirimu menghancurkan harapan keluargamu.

Segala apa yang pernah berlaku antara kita itu...hanya aku sahaja yang mampu merasai kebahagiannya dan kurasakan terlalu bahagia sangat pada ketika itu...sehingga kan ku lupa bahawa adalah satu perkara yang tidak akan membuahkan hasil walaupun itu bukan kehendakku.

Tambahan pula...daku tidak pernah membazirkan wang ku hanya untuk ku bersuka-suka menghubungi seseorang tanpa ada rasa secalit rasa kasih. Namun setelah kali kedua juga berlaku perkara ini...membuatkan ku serik untuk menyayangi seseorang sepenuh jiwa dan daku tidak kesilapan yang sama juga berlaku padaku kemudian hari...biarlah ku teruskan hidup ku tanpa perlu ada sekeping hati wanita dihati ku....seperti amat benci pada seorang yang bergelar wanita walaupun ku tahu itu adalah satu kemestian untuk seorang lelaki menyintai seorang wanita..

Mungkin suatu hari nanti yang ku tidak bila masanya akan ku buka hati ku untuk semua itu. Sukar untuk ku terima kegagalan ini.

Sekian...
Wassalam

0 comments: